sherryn's FotoPage

By: sherryn m heath

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Sunday, 16-May-2010 09:07 Email | Share | | Bookmark

APAM GANDUM (MAT GEBU)
BAHAN-BAHANNYA
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.

Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....



Sunday, 16-May-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark

BINGKA UBI
(MAT GEBU)
BAHAN-BAHANNTA
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA

Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba


Tuesday, 11-May-2010 06:36 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Friday, 7-May-2010 07:52 Email | Share | | Bookmark
LADIES USRAH 6/5/2010 THURSDAY

 
 
USRAH TAKEN PLACE AT SHERRYNS RESIDENCY
View all 4 photos...


Wednesday, 5-May-2010 08:28 Email | Share | | Bookmark

KUIH LAPIS

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
5 cawan santan
1 sudu kecil garam
pewarna merah dan perisa rose>>kita tak de sirap ganti pandan paste hihihi



JEmput makan!


Cara Penyediaan

Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net